sOmebodY watching On me

Friday, 28 January 2011

kebasahan

di sebelah jalan kananku
mentari yang kian tenggelam
namun cerah

di sebelah jalan kiriku
hujan turun membasahi bumi
dan gelap

jalan mana yang aku pilih?

aku cuba memilih jalan di sebelah kanan
cerah dan tidak basah
jalannya mudah
tapi aku tidak akan sampai ke destinasi

aku memilih jalan disebelah kiriku
jalannya susah bahaya dan gelap
namun ianya tetap akan sampai ke tempat yang ingin di tuju

sekuat mana pun kita digugah
sebesar mana pun dugaanMu yang Allah
aku akan mengharunginya
kerana dugaan itu
akan membuatkan aku lebih kuat di BumiMu ini...


wah..kebasahan aku hari..first time naek motor lepas balik dari Johor(student kan dulu!)...basah sbb nak pi amik mama kat jeti..

nk kawen

keje keras sikit
nak kawen
nyawww..i like ur statement
yeyayyy~~
hahahha..


ye baek..sy sedang berusaha mencari sesuap nasi
demi agama bangsa dan negara!!

msg dr India


pesanan dr India
planning is keys of success
ingat...yakin pada diri...
planning is everything..

berdikari

bila semuanya jadi..
bila kesusahan datang
bila ada benda yang tak mampu diselesaikan dengan sendiri
bila semua tiada di sisi bila aku memerlukan pertolongan
walaupun aku begitu memerlukan mereka
mereka diam.tiada jawapan.

aku mula berfikir
aku perlu hidup berdikari
tidak kira dalam apa situasi
kerana tiada siapa yang akan menolong
tiada siapa yang akan mendengar
tiada siapa yang akan simpati pun
ketika aku dalam kesusahan!!!!
ya..
aku harus hidup berdikari