sOmebodY watching On me

Sunday, 22 May 2011

happy convocation!!!


semalam adik aku..Areen Nooraliza gemok dah pon konvo kat PUO...mmg panas gile kot sane...but,last2 hujan jugak selebat2nya..naseb baek mase kluar dewan hujan dah seriat sikit...kalo tak, menanges x berlagu la deme xde gambo konvo..heheheh..so enjoiceee the picture..

ni lah wajah adik aku yg gemOk tuh..
(haha..tipu.dia x gemok..aku yg gemok)


si geMok ngn mama..Pn Noreha Ibrahim
ma..sorg lg anak ma dah grade!!!


si geMok teringin nak bergambar dengan aku jugak sbg sifu...hehhe


nih antara classmate si geMok..
korg perasan tak Palee UTHM ade kat situ..hehe
tu adik dia(3 dari kiri..sebelah adik aku)..adik dia satu kelas ngn adik aku...
tp deme asyik bergaduhhh je dulu...ape laaa..

ni barulah palee yg betoi..same kan muka dia ngn adik dia tuh..
lame betul aku tak jumpe dia nih..hehe
baru bape bulan..selepas meninggalkan UTHM..
yolah kan..masing2 sibuk dengan kerjaya..eceh..
tp palee tetap seperti dulu..aku jugak yg kembang..aduyaiii





Thursday, 19 May 2011

tarikh itu...bila?

OMG....

hahah..ramai yg dah tny..bila tarikhnya??saba yer suma..tiba masanya nnt akan ku beritahu .. tak perlu gelojoh2..suma akan sy beritahu..berita baek..tak perlu nk sorok2..actually aku lagi la excited dr korg sume..sbb aku pon nk tau jugak tarikh tu..hehehehehe...

aku masih di dalam mode "survey"...survey itu..survey ini..tny org sane..tny org sini...tgk ape yg perlu..apa yg tak perlu...so,aku masih di dalam mode "survey"...pada sesape yg nk jalan dulu tuh..silakan..oh yer..cik izaty taty n kak mira pon x lama lagi..so,korg jalan lah dulu yer..saya kemudian..hehehe...erin mesti dtg punyerrr...

kalian doakan lah utk kebahagiaan ku...~

~miss u..

Monday, 16 May 2011

yeay!!!nak kawen......^_^

seyes.

sy mmg nak kawen...
SY nak kawen..
DIA nak kawen..
KAMI nk kawen
doa kan kami...!!

bnyk mende nk kene pikir nih mulai sekarang...

1..
2...
3...
4....


^_^..happy mood

lalallala~

nk kene tny super2 senior mcm nih..supaya tak over bajet...merancang kewangan adalah baik yer utk sume bakal2 pengantin...bukan utk mase kawen je..bajet lepas kawen pun kene pikir..
esok lusa nak talipon kak leq...sronok dgr mase dia duk cite pasal bajet2 kawen dulu...smpi la skrg dia dah ada baby sorg...nk jumpe dia senang sikit..dia dah dapt tawaran mengajar kat unikl...heheheh...


Ya Allah ya tuhanku..permudahkan urusan dunia ku juga urusan akhirat ku..kepadaMu ku mohon ampun ....restui lah perjalanan hidupku juga dia...=)

Friday, 13 May 2011

keep close and stay away

happy rasanya bila dapat ym sambil wc...
terasa yang jauh jadi dekat
maaf lah pada nyamuk mlm nih..
aku mmg tak berminat nk ym ngan sape2 selain org yg aku nk ym...
keep to stay away from me..

Wednesday, 11 May 2011

semoga mak cepat sembuh


..semoga mak cepat sembuh..
..kami sayang mak..
..kita tidak pernah bersua..
..namun ku doakan mak sihat..
..izinkan ku merasai kasih sayangmu..
..jika diberi kesempatan untukku..
..izinkan aku menjagamu..



setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..

Monday, 9 May 2011

tak payah nak sebuk sangat hal orang lain

hola..holaaa...

manusia dalam dunia nih..kalo tak sebuk hal orang tak sah..utk kau..tak da ape yg klakar bile share FB..xda apa yg pelik bile aku tak kenal kau..kau igt kau menteri ker aku nk kenal2x...xda apa yg pelik bile aku mls nk layan msg2 yg kau bg..tp dah kau nk sgt aku reply..aku akan reply..lastly, kau pulak yg tak mau msg dgn aku...bersyukur lah sbb aku sgt nice dgn kau..kalau org lain tuh dah lame kene sembur dgn aku..sekian terima kasih..


aku yang ikhlas menulis utk kau,

Arien Ellisa

Sunday, 8 May 2011

tak seswai taw lagu nih....


Rossa Ku Menunggu Lyrics

ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
ku kan selalu di sini untuk menunggumu

cinta itu ku berharap kau kelak kan cintai aku
saat kau telah tak bersama kekasihmu
ku lakukan semua agar kau cintaiku


haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu juga rindu
ku tetap menunggu



datang padaku, ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
saat kau sadar betapa ku cintaimu
ku akan selalu setia tuk menunggumu


****jangan ada perasaan macam nih yer kawan-kawan....kita tunggu dia umpama memberi harapan pada dia yang sudah berpunya...dan seterusnya meninggalkan kekasihnya dan datang pada anda..anda suka???fikirlah sendiri jika terjadi pada diri sendiri......peace...v(^_^)v

Friday, 6 May 2011

Happy mother's day mama!!!!







PUAN NOREHA IBRAHIM..




28 MAY 1963









MAMA TELAH MENJAGA SAYA DARI KECIL SEHINGGA SEKARANG.TAK PERNAH MENGENAL ERTI LELAH.TIDAK KIRA APA JUA RINTANGAN YANG DATANG.MAMA TETAP TABAH MEMBESARKAN SAYA SEORANG DIRI.SAYA KAGUM DENGAN MAMA.DIA MEMBESARKAN SAYA DENGAN SEPENUH KASIH SAYANG.CUKUP SEMPURNA DENGANNYA.MASIH SAYA INGAT WAKTU-WAKTU SUSAH KAMI.SAYA SENTIASA DENGANNYA PADA WAKTU ITU.SAYA MENJADI PENEMANNYA WAKTU ITU.SAYA TAK KAN TINGGALKAN DIA WALAU PUN SEKETIKA.SAYA TAU DIA MEMERLUKAN SAYA DAN SAYA LEBIH MEMERLUKAN DIA.DAN SAYA TIDAK BOLEH BAYANGKAN HIDUP SAYA TANPA DIA..YA ALLAH..PANJANGKAN WAKTU KU BERSAMANYA..IZINKAN AKU MEMBALAS JASANYA SEBELUM NYAWAKU TERPISAH DARI JASAD...









MA...LISA SAYANG MAMA...




TERIMA KASIH BESARKAN LISA SEHINGGA KE SAAT INI DAN SETERUSNYA..









HAPPY MOTHER'S DAY

memahami setiap nasihat

aku jenis yang tak susah..aku senang nak terima apa yang orang cakap..walaupun mula-mula aku akan rasa marah sangat..but then, aku akan tenang dan buat macam tak da apa-apa yang jadi..mudah kan? lupakan masalah tu dan pikir positif dengan apa yang orang cakap..memang la mula-mula aku marah..normal la manusia..korang pun macam tu kan?... mungkin ada hikmah di sebalik semua kejadian..mungkin akan berlaku sesuatu jika aku masih dengan keputusan itu... mujur aku ini jenis yang MUDAH memahami apa yang orang nasihat...huhuhu...tapi,promise me yang kita akan pergi situ jugak...itu misi saya...

nasib baik janji nak g FULL HOUSE...nak makan banyak2x!!!!!...tak nanges dah...

seandainya mereka mengetahui..

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Thursday, 5 May 2011

barangan untuk dijual



sume barang2 nih barang aku...aku dah tak pakai..so better aku lego2 je kat sini...kalau berkenan PM je...kalo x..tgk2 cuci mata la yer...peace...!



rm 180
size 5 uk
condition 9/10





RM 15

wind breaker

saiz S atau M



RM 15

wind breaker

saiz S atau M





RM 30

seluar tight

saiz S ogival



RM 8

snowcap



RM 8

snowcap



RM 8

snowcap



RM 10

Buff



SILA MSG DI SINI..JIKA BERMINAT

atau email saya arien.ellisa@gmail.com

Wednesday, 4 May 2011

masih ada harapan?

antara kehendak dan kemahuan...
antara hati dan perasaan....
antara kawan dan juga kasih....
antara minat dan juga harapan....

dari mana harus aku mulakan..
hanya untuk mendapatkan keizinannya...
tapi aku harus menjaga hati insan itu..
tidak mahu terluka oleh keinginanku..
ku simpan di dalam lipatan rasa hati..

namun...
inilah yang dikatakan...
pengorbanan...
teringat azam aku awal thn dulu...
mungkin aku hanya mampu bermimpi...

aku benar2 mahu pergi....

Tuesday, 3 May 2011

usaha

usaha sendiri
dari 0 hingga infinity
semua dari hasil titik peluh sendiri

tapi sekarang rasa macam tak nak pikir apa-apa dah....

im 25 y.o already