sOmebodY watching On me

Thursday, 31 March 2011

semoga cepat sembuh


me:wan:eja

wan.
he is the only one..*
semoga cepat sembuh..
aku tak tau pon ko masuk spital
aku tak tau pon ko sakit..aku baru tau tadi...
ermm..yelah, aku jauh kat sini..
and siapa lah aku untuk mereka memberitahu...
aku doakan ko cepat sembuh yer....
tamO degil makan Obat~

Tuesday, 29 March 2011

#choc cake munge2 cinta




wohhhoooaaaa....

bosan sensorg kat umah...terpikir steamer yg baru di beli hasil mengePAWw pada ibunda..ngeee..resepi yg di beri oleh En John saya...nih second try oke....1st ari tuh masa jumpa diorang kat gua tempurung...check it out!!!!

resepi mudah je ye dear~

bahan A

1 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 sudu tea soda bikarbonat
1 sudu tea baking powder

bahan b

1 cawan serbuk coklat (saya guna van houten)
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat


cara-cara

-campurkan semua bahan A dalam satu bekas.

-campurkan semua bahan B (double boil)

-kemudian campuran bahan A + bahan B...

-then kukus selama 1 jam / bakar 40 minit...

selamat mencuba ye sumeee....xoxo!!!

Monday, 28 March 2011

..

fahami situasi diri
tidak seperti mereka yang lain
kata yang menghiris
cukup membuat hati terluka
kata-kata telah salah utk ditafsir
hanya mampu ucapkan
maaf keterlanjuran kata


p/s: ku menangis sendiri lagi...

manusia

human being.

.aku tersenyum sendiri melihat gelagat manusia.
.entah ke berapa kalinya.
.aku tersenyum melihat mereka.

Sunday, 27 March 2011

fyna's hijab style contest


syarat-syarat

1. gambar yang dipertaruhkan HARUSLAH mengikut salah satu dari video di youtube fyna..tak kisah kalau nak menambah eksesori or nak kreatifkan hijab tu TAPI basic haruslah seperti salah satu dari 3 video tersebut

2. MENTIONKAN gambar yang dipertaruhkan itu dari video yang mana..letakkan link video tu..

3. linkkan contest ini

4. gambar tak lebih dari 3 (tak kisah nak guna ape jenis shawl pun ok =))

5. letak banner CONTEST di atas

6. follow? ikut suka hati la nak follow ke tak..

7. tag? 2 orang blogger perempuan..=P

8.edit? ikut suka hati la..jangan over cerah or gelap pulak

9.tarikh tutup? akan diberitahu kemudian

video ke 3 ye cik fyna syg

cik fyna..mekasey sudi menjengah blog i...i da uji-cuba pakai cara yg u ajar g seminar semalam..and ramai yg memuji...thnx for tutorial..nih bukan nk puji yer..kalo u perasan i ade bt entri tentang nk ubah penampilan after tgk kat u punye youtube...thnx sgt2...^_^v


kenkawan ..join la jugak..!!!






Saturday, 26 March 2011

keranamu WANITA

dari majalah WANITA

with my aunty...


ramainye WANITA ....antara peserta bengkel bergambar bersama isteri MB Perak..
ni antara 3 wanita yang Top mase kini..single,taken,single..hahaha...perasan..=.='
uhuii..its me....ramai yang berkenan ngn shawl dan cara pemakaian nye..


fuhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

penat giler la makcik oiiiiii...
ari nih attend satu bengkel yang dianjurkan oleh majalah WANITA..
aku join nih pon sbb wakil Puteri Umno cawangan Lumut..
lokasi kejadian di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh..Dato Seri Zamberi...majlis dirasmikan oleh isteri beliau...Y.A Bhg Datin Seri Saripah Zulkifli..

bnyk input yg aku dapat daripada bengkel nih tentang hak-hak wanita, keterampilan wanita, etika berpakaian, kekeluargaan dan mcm2 lagi lah...semuanya bermula seawal 830 pagi sampai la 6 petang...mak penat nokkkk...~

antara input-inputnya:
~wanita dan keluarga:cara2 kita nk entertain husband and anak2 ye u ols..
~ketrampilan wanita: cara kita make up dan bawak diri kita dalam masyarakat
~etika berpakaian: do and dont bila nk ke office,jalan2, and so on...
~wanita dan undang2: hak2 wanita salam intitusi kekeluargaan.
~fesyen show: aku di tipu nyahhh~~..(aku mati2 ingat diorang "perempuan")

terima kasih WANITA!!!aku pun x hidup lagi masa mag nih ada..dah 42 tahun!!!

**huhu...saje nak try test market pakai shawl mcm hana tajima...wahh...ramai pulak yg bekenan and nk intebiu i taw..rajin2 la beli kosmo minggu ni dan majalah WANITA sekitar 2 3 bulan lagi..rasa glamer plak u ols taw tak..nantikan kemunculanku~~

pstt aida,makcik da glamer skrg taw...perasan kan aku..mesti ada yg nyampah tuh~!!

Thursday, 24 March 2011

#bubur sagu rumbia



nyummyyy...

kali ini aku maen masak-masak lagi...bubur sagu rumbia...first aku tgk benda nih masa jalan2 ngn kak andrea kat dataran pahlawan...tapi aku tak beli..k.anne je beli...pastu k. anne kata sedap...hurm..nak ke melaka mmg jauh la kan...so,aku pon mintak tolong la akak sorang nih beli..=)mekasey kak...tapi yang akak nih beli dah lama aku abeskan..huhu...

kebetulan awal bulan hari tu gi melaka ngan en john...aku pon beli ler banyak2 benda tu sebab rasa nya yg mcm jeli sikit2...

semalam dak fatin (OJT) kat company aku request kat notice board aku...aku pon dengan rasa keibuan masakkan la utk budak2 nih...



inilah rupa sagu rumbia sebelum di rebus

direbus terlebih dahulu...

ini lah rupa dia selepas direbus..macam jeli kan??

masukkan santan..gula..garam...then jeli tadi..

sedia utk di makan....nyuummyy~~



Tuesday, 22 March 2011

future......

ehsan encik google



betul ke ni keputusannya..? meninggalkan "dia"...dan pergi kepada "dia" yang lebih menjaminkan masa depan aku
betul ke nih yang aku pilih?
aku dah pon buat keputusan..
harap kalian menyokong...maafkan aku..
memang nih yang aku nak selama ni...
doakan aku...


kembali pada kehidupan itu...
harap semuanya berjalan lancar...aminn
tabahkan hati ku Ya Allah~




maafkan saya kerana akan membiarkan kamu menunggu lebih lama..~

**siapa "dia" dan "dia"??tgu bulan sept nnt...

Monday, 21 March 2011

hubungan

saya kenal dia baru je lagi..
sejak hari lahir saya yg ke 24 thn
sy anggap dia mcm kakak saya
dia mungkin sudah berada di dalam satu perhubungan.."enganged"
cuma dia masih nk berahsia..
tapi dia takleh tipu saya...hehheeh
saya tahhuu....


saya kenal mereka lama dah...
sangat lama dalam dunia luar pintu saya
saya tahu dari dulu yang mereka akan bersama
dan apa yang saya rasa itu betul..
mereka sudah berada di dalam satu perhubungan.."couple"
tahniah untuk kamu berdua...
saya tahuu...

sesiapa jua yg berada di dalam satu perhubungan
aku doakan kalian bahagia
hati dan perasaan..
mana la boleh untuk kita menidakkan...

Sunday, 20 March 2011

nak bertukar imej

ni dulu-dulu..YuRin..teeeee..=D


sekarang nak macam ni...leh tak?

huhu..

teringinn sgt nak jadi santek2 macam hana tajima ke...yuna ke...fatin liyana ke...heehhe...leh tak saya melakukan perubahan??ts aku tgk satu yiutube..fyna kot name dia..tapi kena ke style tudung/ shawl tu ngn aku??tapi...xtau...sape nak tolong nih..!!aida sofiahhhh!!!!!i need ur help!

andai nya dia mengetahui...

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,

lelaki itu tidak semestinya punya segalanya

tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,

itu bukan bermakna dia lemah,

tetapi dia sedang mencari kekuatan

untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah,

memang dia tidak mampu mengawal perasaannya

tapi percayalah, itulah maknanya

dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,

semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak,

dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,

tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,

itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,

tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,

bukan untuk dirinya,

tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,

bukan bermakna dia tidak sayang..

tetapi dia terlalu sayangkan anda

dan masih menganggap anda anak kecil

yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,

anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Naluri keibuannya sangat kuat.

Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk,

jangan kata dia mengada-ngada.

Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit

atau hadiah sedozen,

tetapi cukup dengan perhatian

yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,

itu tidak bermaksud dia tidak menyintai

tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,

bukan hanya hadir dari kata-kata

tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,

dia benar-benar maksudkannya.

Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,

jangan percaya kata-katanya

kerana dia hanya mahu menguji kamu.

Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,

walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya

tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil,

dia bukan bermaksud untuk menjadi degil

tapi dia mahu melihat

sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai kena caranya,

jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata,

“tolong tinggalkan saya!”,

dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.

Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,

percayalah dia akan mencari anda semula.

Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.

Dia terlalu emosional.

Tapi dialah yang paling menyayangi anda

dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu

dengan perbezaan yang tersendiri.

Tetapi sekiranya mereka saling memahami,

mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya,

tersimpan seribu satu kekuatan

yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah

tapi dia punya kekuatan tersendiri

yang bisa menggoncang dunia

dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda

kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja

tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda

dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu

yang terbaik untuk anak2 anda.

:: copycate from someone n been edited . thanks 4 someone ::






Saturday, 19 March 2011

perempuan itu ego

hahah...yeke?
ha'ah..
perempuan sumenya ego sebenarnya..
tak percaya??
meh sini join aku...
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.

dia tak kan mengaku dia salah..walaupun benda tu salah sebenarnya..
dia tak kan mengaku kesalahan yang dia buat..sedangkan memang terang2 salah dia..!
dia tak kan mengaku dia sedih...walaupun masa tu dia sedih gila kentang!
dia tak kan mengaku yang benda tu tak oke...bagi nya...biar lah semua orang gembira..asal dia merana..!
dia tak kan mengaku yang dia sayang orang tu...walaupun satu dunia tahu diorang tu macam mana..!!
perempuan itu..egonya tinggi....tapi egonya akan rendah pada pasangan yang telah diciptakan untuknya..itulah perempuan..memang mereka diciptakan begitu..itulah kenyataan...


Thursday, 17 March 2011

alfatihah

alfatihah utk teman blogger..zurina majid..

baru semalam membaca status di fb fariha liana...kawan dia masa skolah katenye...dan aku tak sangka rupanya dia rakan blogger aku selama nih...alfatihah ....aku baru je pas baca blog dia di www.zuryna.blogspot.com....entri 1MAC 2011...kronologi hari malang....
  • begitulah kisah malang hidup aku sehingge di jam 3 petang ini. mungkinkah ada sambungannya? oh mintak dijauhkan. kalau ade, nanti aku buat Kronologi Hari Malang part 2.
pada blogger , rakan sekalian..berhati-hati semasa memandu....kita tak tau apa akan jadi hari ini esok atau bila giliran kita pula...


Tuesday, 15 March 2011

eksiden

alhamdulillah..Allah masih memanjangkan umurku...
kejadian yang tak di duga akan sering berlaku dalam diri kita...
tadi masa nak pick up mama..aku nyaris2 eksiden dengan "budak bangang" naek kete waja kelabu dipersimpangan bus stand lumut...kau memang b*** men!!!keadaan hujan...aku memang bawak keta slow...takot apa-apa jadi...dalam berhati2 tu...orang lain pulak punca....hurm...im still crying rite nOw...T_T

kau berenti pon tak..then lari...pengecut!!!!kau mmg pengecut !!!!


kite ade kimia??

Aku mula jatuh hati kepadamu
Setelah kau kata cinta padaku
Masing-masing dulu punya pasangan
Akhirnya kita bersama
Pertama kali kita bersua bertentang mata
Terasa ada kimia di antara kita


Kau kucup pipiku
Kau bisikkan cintamu
Kau kata baby i love you
Kau cairkan hatiku

Bahagia
Ku rasa disaat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksi bintang-bintang
Kau seru akulah pelangi cintamu




Monday, 14 March 2011

#kari ikan


weweiittt...memang tak tau nak cakap ape dah cik aeyin nih...kena badi ape ntah keje dia nak memasak je...pstt..saya tengah praktis okee..!!nak kawen..ye..saya praktis memasak sebab saya dah nak kawen...memang cik aeyin mengaku cik aeyin jarang ke dapur untuk maen masak-masak...tak kisah la masa trip atau di rumah...(tak nak la menunjuk sangat kat orang pandai maen masak-masak masa trip)....ari nih cik aeyin rasa lapoOo sangat..tetiba dia bukak fridge ..nampak ikan yang dipancing oleh ayahanda nye..mama lak tak balik rumah hari nih...apalagas....kari ikann sattOooOo...chonnnggg chenggg chonggg chenggg..mari memasakkkk~~


cik aeyin mengaku nih 1st time cik aeyin masak kari SENDIRI..selalu mama atau opah ada sebelah!!! ari nih kena buat sendiri...hak hak hak...i cant believe it!!!

before tu..call mama dulu mintak permission guna dapur..hahahah...mama kate oke..masak la..nanti mama rasa...

let's coOk...cooking for dummiEs..~

1 ekor ikan yang dah dipotong
sepeket kecil serbuk kari ikan
3 ulas bawang putih(dihiris)
2 biji bawang merah(dihiris)
halia(dihiris)
halba campur
santan
minyak
garam secukup rasa
1 biji tomato
3 ketul bendi(lady finger)
air asam jawa

cara-cara memasak yaw~

panaskan minyak..
tumis bawang,halia dan halba campur sampai naek bau.
campurkan rempah dengan sedikit air...
masukkan sedikit air asam jawa
kemudian masukkan santan,ikan dan sayuran...kacau...
tgu ler sampai ikan betul2 masak...

tadaaaa~~~
siap!!!



kari..salah satu feberettt dia...^_^

Friday, 11 March 2011

#1 kueh keria



miaw-miaw...malam nih cik aeyin mengigau apa ntah tiba-tiba buat kuih keria...
actually nih adalah sebahagian wish list yang telah diterima dari encik John kepada cik aeyin...practise make perfect dear!!saya memang tak pandai masak..nih pon sebab penah tgk housemate buat cek mek molek(kuih tradisional kelantan)...sama je..

#KUIH KERIA
sejenis kuih yang dihasilkan dari ubi keledek.ada juga orang yang menggunakan ubi kentang...but i prefer guna ubi keledek..kemudian digoreng dan disira dengan gula...bagi penghidap diabetis....DILARANG untuk mencuba ya!!!cuba masak xpe!!
ni la rupa ubi keledek bagi sesape yang tak tahu tu..
dalam dia warna oren taw...


uli keledek yang telah dilenyek di sebatikan dengan tepung gandum. Uli sehingga tangan dah tak melekat dgn keledek + tepung gandum tadi


bentukkan adunan menjadi bentuk bulat macam nih..


then..goreng smpi warna dia kekuningan ..lebih kurang macam goreng cucur. bila dah masak..sirakan dengan gula melaka / gula putih...


Tadaaaaa...da siapp..dan siap di makan...

sedap jugak yer...
next trip keyh b...
hahah...^_^




isha junior..



nih mama ngn papa baby nih...

wan muhamad umair danish bin wan mohd hassif
11.03.2011
baby boy
3.4kg

yuhuuu..give a big hand to my dear friend...wan shahfadhilah..my classmate and housemate merangkap roomate aku mase belajar kat polimas(politeknik sultan abdul halim muadzam shah,jitra kedah)..dia dah selamat deliver baby dia jam 0915 11.03.2011 ..3.4 Kg...nama ,dia tgh kompius nak letak nama utk baby boy tuh...huhu..biasa la..anak 1st..mmg terujaa...hehe..apa2 pon tahniah utk papa and mama baby boy tuh...aku syg mu mek sha!!!!muax..10x

salam jumaat

alhamdulillah..

masih diberi kesempatan untuk bernafas..
masih diberi kesempatan melihat dunia
masih berkesempatan memaafkan hati2 busuk diluar sana...

Jumaat..penghulu segala hari..

1. Penciptaan Adam.
2. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga.
3. Pada hari itu juga, dia wafat.
4. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram.
5. Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat”.
HR Ibnu Majah & Al-Baihaqi


renungan: sudah cukupkah iman di dada...sudah cukup kah bekalan untuk ke sana...??

Wednesday, 9 March 2011

sakit.

seronokkan manusia menyakiti hati orang lain...
tak boleh melihat kebahagiaan orang lain..
kau itu,
memang dari dulu aku perhatikan...
memang dari dulu kau akan berada di dalam "senarai" aku
jangan berlagak baik di hadapan semua orang..terutamanya aku
jangan berkata tidak mahu bermusuh dengan orang..konon nya tidak tahu bila ajal akan tiba...
kau akan tetap berada di dalam senarai teratas aku...

aku sakit bila kamu begitu!
tahniah...!!!!!

setiap air mata yang keluar nih..aku tak kan maafkan kau..

klik disini...
bila akan tiba masanya..?

are you tough enough!!!!

huhu..cik aeyin baru je pas register form nih!!!

cik aeyin ngn kenkawan dia nk g bulan sploh nih..

lambat la lagi..tp kene register sekarang..

sape yang pegi?

huhu...nama mereka masih dirahsiakan..

xmo glamer kate mereka..

tgu je la cik aeyin uplaod gambo deme..



klik disini

nyanyuk

mama g keje kul 7 am naek motor...

mama call kul 9 am..

"lisa...tolong g kat parking MPM (majlis perbandaran manjung) tengok kunci motor jap..mama rasa tertinggal kat motor ler..."

bedesupp aku pegi tengok motor kesayangan aku tuh!!!!..

fuhh..naseb bahekk adoo!!kalo takde..aummmmm....loteh denn!!!

itu lah mama aku...


lisa balik keje kul 1 pm..

lisa nak masuk keje balik kul 2 pm...
"amik je kunci atas tv trus nk start enjin kete..apesal tak boleh masuk lak kunci nih...rupenye kunci motor yang aku amik..padan lah pun"

itulah anak mama tadi..

aku dah nyanyuk..korang bile lagi...(-_-)"

Monday, 7 March 2011

life.

kaching!!!!!!!



kenkawan sume...ari nih makcik senah telah memberi tahu jalan untuk mendapatkan duit secara dunia maya nih!!!so..aku pon try la buat nih..tgk hujung bulan nih macam mana keyh!!!!

huhu..but,if korg nak tau jugak macam mana cara nya...pegi klik banner kat atas nih taw..!!!!!

selamat mencuba suma..!!!

Sunday, 6 March 2011

kaki melangkah


mekaseh bawak saya balik johor...



semalam aku di perak
kemudian melaka..
hari ini di johor...

menyelesaikan kerja2 aku...
di UTHM tercinta...

penat mmg penat..tapi..berbaloi2..
thnx hubby...love u...!!!

tapi sedih la masa nak kena tinggal tadi...
macam mana nanti ni kalau b pegi outstation!!!!!!

happy birthday

happy birthday to both of u..

Eja & Qabil

6 mac 2011 & 7 mac 2011

Hope your birthday blossoms into lots of dreams come true!


its me,
Arien....


Friday, 4 March 2011

=)

ada orang yang care...
hehehe..untuk apa?
sakitkan diri sendiri kah?
saya dah ada kehidupan yang sangat bahagia dengan dia...
tak sabar untuk menunggu detik"hujung tahun"....??????
(^_^)v

Thursday, 3 March 2011

berembun









last weekend cik aeyin and the gang gi jenjalan lagi kan..???
tapi gi mana kan??

Mount berembun,cameron..cik aeyin tumpang trip orang jek..tumpang SRM Utem,Melaka. iTu pun my hero ngan mat rock yg bawakkan...heheh..

Gua tempurung

sabtu 26/02/2011

330 pm: gerak dari bus stand manjung ke medan gopeng ipoh
545 pm: en john & mat rock sedang menunggu dengan muka ade seeenyummm..
600 pm: niat di hati nak pekena mee udang gopeng..tak tercapai..dah abess..makan laksa jerr...
645 pm : gerak pi camp site gua tempurung....tp x masuk pun gua tu..=(

Mount Berembun

ahad 27/02/2011

4 am-hammock cik aeyin kena gegar ngn mat rock!!!
730 am:bergerak dari tapak perkhemahan gua tempurung,perak
1019 am : sampai di kem sg pauh
1021 am :start treking..
1215 pm: sampai di pondok (simpang tiga)
115 pm:sampai puncak
300 pm: selamat sampai di MARDI
330 pm: gerak ke Brinchang
5oo pm: gerak pulang...


pastu cik aeyin, john n mat rock turun kat simpang pulai utk meneruskan perjalanan kami...

dah alang-alang diorang nak hntar balik ke manjung..singgah kat bota..pekena satey bota dulu...
after that, ini lah masa mama berjumpa menantu to be..hehehe...alhamdulillah..sumenye berjalan dgn lancar!!!aminnn...~~

Wednesday, 2 March 2011

how to get close with ur partner

1. MaaFkan keSalahan maNa-mana pihak yang bersalah.
2. JanGan menguNgkit kiSah-kisah lama.
3. Beri teguran pada pasangan deNgan nada yang diSenangi..bukan dengan mEninggikan suara..
4.JangAn ada rahsia di daLam perhuBungan.
5.No Scandal plsss!!!!
6. BertOlak anSur..
7. Jika sedang marah..jangan hilangkan panggilan mesra anda itu..
8. KalO kOrang ternAmpaK sOmetHing kat msg dlm FaceBoOk , Multiply, blOg, or whatever..
biarkAn..itu adalah kenAngan dia denGan eX dia...yaNg engkAu pergi bukaK kenapa kan..??hehe...kan dah terasa lain..emm..xpe..ingat..BIARKAN...jgn marah2...
8. sebeNarnya..lagi kiTa gaduh..lagi kita akan raPat dengan paSangan..hehehe...

itu saja tip daripada cik arien untuk anda di luar sana....Good Luck!!~..(^_^)v

Tuesday, 1 March 2011

facebook

ladies and gentleman..
i dont have facebook acc. anymore..
bye.
why?
i also dont know